Kuiz Kemerdekaan
19 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2019, seramai 12 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah menyertai kuiz kemerdekaan sempena sambutan kemerdekaan yang ke-62 pada tahun ini. Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak dan berlangsung selama 3 jam untuk 2 sesi.
Para peserta dikehendaki menjawab 20 soalan secara dalam talian, yang mana soalan-soalan tersebut adalah berkaitan dengan kemerdekaan negara Malaysia. Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta serta memupuk semangat patriotik dalam diri mereka. Aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat menggalakkan para peserta menggunakan peralatan komputer dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: